YOGYAKARTA: Sebuah mahkamah di sini menjatuhi hukuman penjara terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah kerana terlibat dalam penjualan daging anjing.
Lelaki berusia 48 tahun itu dihukum penjara selama 10 bulan dan dikenakan denda sebanyak 150 juta rupiah (RM44,112).
Tertuduh didakwa di bawah undang-undang kekejaman terhadap haiwan selepas ditahan ketika membawa 78 ekor anjing yang dimasukkan ke dalam guni di belakang trak pikap miliknya.
Penahanan yang dibuat pada Mei lalu itu mendapati, 10 ekor anjing dalam guni tersebut sudah mati akibat kekurangan makanan dan air, sebelum enam ekor lagi mati kemudiannya.
Kesemua anjing tersebut akan dihantar ke bandar Solo di Jawa dan dagingnya dijual.
Jurucakap Mahkamah Daerah Kulon Progo, Edy Sameaputty berkata, kes tersebut merupakan yang pertama berlaku setakat ini.
Dalam pada itu, kumpulan aktivis haiwan menyambut baik keputusan mahkamah dan menyifatkannya sebagai keadilan untuk semua haiwan yang dizalimi. – AFP