Sakit kepala 12 hari, rupanya ada gigi terbenam dalam tengkorak - Utusan Malaysia

Sakit kepala 12 hari, rupanya ada gigi terbenam dalam tengkorak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun terpaksa menanggung kesakitan selama 12 hari selepas kepalanya cedera digigit rakan sebaya ketika bermain bola.

Lebih memeritkan, satu daripada gigi rakannya turut ‘terbenam’ dalam tengkoraknya.

Lapor Daily Mail, remaja lelaki itu pada mulanya tidak mendapatkan rawatan selepas digigit rakannya sehinggalah lima hari kemudian selepas dia mengadu luka di kepalanya semakin sakit.

Ibu bapa remaja itu kemudiannya membawa dia ke hospital dan doktor mendapati luka sepanjang 5 sentimeter (cm) di bahagian kanan kepalanya sudah bernanah, selain dia juga mengalami demam kuat.

Doktor memberikan antibiotik dan ubat demam kepada remaja tersebut, namun keadaannya hanya stabil selama 24 jam sebelum merasai kesakitan semula.

Lapan hari selepas itu, remaja itu sekali lagi dibawa ke hospital dan hasil imbasan mendapati ada sebatang gigi terbenam pada tengkoraknya, sekali gus menjawab persoalan kepada kesakitan yang dialaminya selama ini.

Pasukan perubatan segera melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan gigi tersebut dan remaja lelaki itu dibenarkan keluar wad dua hari kemudian.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya