Saintis bangunkan pembalut luka pintar - Utusan Malaysia

Saintis bangunkan pembalut luka pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan sebuah pembalut luka pintar yang mampu memaklumkan kepada doktor apabila luka sudah sembuh tanpa perlu diperiksa.

Lapor Daily Mail, prototaip pembalut unik itu dibangunkan oleh pasukan saintis di Universiti Bologna, Itali.

Pembalut luka itu dilengkapi dengan sensor untuk membaca tahap kelembapan dan menghantar data berkenaan ke aplikasi telefon pintar.

Maklumat berkenaan membolehkan doktor memastikan luka dibalut itu sembuh tanpa perlu menanggalkan pembalut yang biasanya menghalang proses penyembuhan.

“Dengan menyediakan pemantauan tanpa wayar masa sebenar, teknologi ini boleh membantu doktor memantau luka dengan lebih baik,” kata pakar.

Setakat ini, penyelidik belum mendedahkan harga pembalut luka pintar itu serta tempoh tersedia secara komersial.

Menurut penyelidik, pembalut luka pintar ‘kos rendah dan pakai buang’ itu, direka menggunakan bahan-bahan yang murah.

“Kami membangunkan beberapa pembalut dengan pelbagai lapisan dan sifat serta ciri penyerapan yang berbeza.

“Ideanya adalah setiap jenis luka boleh mempunyai pembalut sesuai daripada luka kecil hingga besar seperti lecur dan lepuh.

“Bagaimanapun, kami perlu mengoptimumkan lagi geometri sensor dan menentukan nilai sensor sesuai bagi penyembuhan sebelum menggunakan teknologi ini untuk pelbagai jenis luka,” kata pengarang kajian di Universiti Bologna, Dr. Luca Possanzini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya