Rumeysa diiktiraf wanita paling tinggi di dunia - Utusan Malaysia

Rumeysa diiktiraf wanita paling tinggi di dunia

RUMEYSA Gelgi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Seorang warga Turki yang memiliki ketinggian luar biasa iaitu 7 kaki dan 7 inci atau 231.14 sentimeter (cm) dinamakan sebagai wanita paling tinggi di dunia yang masih hidup.

Lapor portal UPI, Rumeysa Gelgi menerima pengiktirafan itu daripada Rekod Dunia Guinness.

Sebelum ini, Rumeysa pernah meraih gelaran remaja perempuan paling tinggi di dunia pada 2014 ketika dia berusia 18 tahun.

Rumeysa mendapat pengiktirafan kedua itu selepas ketinggiannya diukur semula secara rasmi oleh Rekod Dunia Guinness pada tahun ini.

Rumeysa dilahirkan dengan sindrom weaver iaitu keadaan luar biasa yang menyebabkan ketinggian seseorang individu meningkat secara tidak normal.

“Keadaan ini juga memaksa Rumeysa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan walker ketika berjalan,” jelas laporan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya