Pesawat terhempas di Texas: 21 penumpang dan anak kapal selamat - Utusan Malaysia

Pesawat terhempas di Texas: 21 penumpang dan anak kapal selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Sebuah pesawat peribadi yang membawa seramai 21 penumpang dan anak kapal dilaporkan terhempas ketika cuba berlepas dari sebuah lapangan terbang di Texas.

Bagaimanapun, kesemua penumpang dan anak kapal berjaya melepaskan diri dengan selamat sebelum pesawat tersebut terbakar.

Beberapa gambar yang dipaparkan di televisyen menunjukkan anggota bomba cuba memadamkan pesawat yang terbakar.

Dilaporkan, pesawat peribadi itu terhempas di seberang landasan berhampiran sebuah kawasan yang dipenuhi dengan pokok dan semak.

Hampir seluruh badan kapal terbang itu musnah dalam kebakaran dengan hanya tinggal bahagian ekor pesawat serta asap tebal meliputi kawasan tersebut.

“Nasib baik kesemua 21 penumpang termasuk tiga anak kapal berjaya dipindahkan dengan selamat dari pesawat enjin berkembar sebelum ia terbakar sepenuhnya,” jelas Jabatan Bomba Katy dalam kenyataan.

Menurut pihak berkuasa, pesawat McDonnell Douglas MD-87 yang berlepas dari Lapangan Terbang Eksekutif Houston di Bookshire menuju ke Boston apabila ia terhempas.

Beberapa media tempatan melaporkan pesawat itu membawa sekumpulan peminat baseball untuk menyaksikan perlawanan play-off antara Houston Astros dan Boston Red Sox.

Sementara itu, pegawai berkata, dua orang mengalami cedera ringan dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya