SULAWESI SELATAN: Golongan peniaga di jalanan bukan sahaja perlu menyediakan makanan yang sedap dengan harga berpatutan, malah, perlu mempunyai keunikan tersendiri demi menarik pelanggan.
Sebuah gerai burger di Bumi Tamalanrea Permai, Makassar, terkenal dengan keramahan tukang masaknya bernama Yusran atau dikenali sebagai Uccang, lapor Suara.com.
Setiap pembeli yang mengunjungi gerainya akan diajak bergurau serta lelaki itu sering berpantun dengan orang ramai.
Gerai Daeng’s Burger dikunjungi ramai pembeli sejak dibuka dari 2009 dan pembeli ternyata terhibur dengan aksi penjual.
“Selain burger yang enak, tukang masaknya juga sangat lucu. Suka bergurau dan kadang-kadang menari,” kata seorang pembeli.
Pemilik gerai burger itu, Fadli Rappang berkata, konsep yang diguna pakai itu sama seperti peniaga di kaki lima.
Katanya, dia mampu menjual sebanyak 300 biji burger dalam sehari dengan memperoleh keuntungan jutaan rupiah.