Pengantin wanita 'dihalau' dua tetamu - Utusan Malaysia

Pengantin wanita ‘dihalau’ dua tetamu

TANGKAP layar pengantin wanita membantu mengambil gambar tetamu wanita dengan suaminya di pelamin.-TIKTOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Media sosial dihebohkan dengan kejadian dua tetamu majlis perkahwinan yang hanya mahu bergambar dengan pengantin lelaki. 

Peristiwa memeranjatkan itu dimuat naik dalam akaun TikTok @maskaindie, lapor Suara.com

Video itu menunjukkan dua tetamu wanita yang merupakan sahabat pengantin lelaki tiba-tiba bergandingan naik ke pelamin dan berhasrat meminta ditangkap gambar bersama. 

Namun, mereka hanya mahu bergambar dengan penganti lelaki di atas pelamin sahaja dan mengusir pengantin wanita dari sisi suaminya.  

Selepas itu, mereka menyerahkan telefon pintar kepada pengantin wanita dan meminta pertolongannya menangkap gambar.

Pengantin wanita menurut arahan tersebut dan menangkap gambar dari bawah pelamin sambil tertawa. 

Difahamkan, kejadian tersebut hanyalah bentuk gurauan teman baik dengan pengantin sehingga mendapat perhatian warga maya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya