LONDON: Pembunuhan Ahli Parlimen Konservatif, Sir David Amess, 69, dipercayai merupakan serangan pengganas.
Polis Metropolitan berkata, terdapat bukti menunjukkan kes itu berpotensi mempunyai perkaitan dengan kumpulan ekstremis.
Seorang lelaki Britain berusia 25 tahun diberkas di tempat kejadian dan pihak polis memaklumkan tidak melakukan pencarian suspek lain.
Bagi melengkapkan siastan kes, pihak polis berusaha mengesan dua alamat di kawasan London.
Pihak polis percaya suspek bertindak sendirian dan ditahan di Essex.
Mangsa ditikam beberapa kali ketika mengadakan pertemuan dengan sekumpulan ahli politik di Gereja Belfair Methodist di Leigh-on-Sea, selatan Essex.-BBC