TEL AVIV: Syarikat pembuat pakaian sukan terkemuka, Nike mengumumkan akan menamatkan penjualan produk di cawangannya di Israel.
Keputusan untuk tidak meneruskan hubungan perniagaan di negara haram itu dibuat kerana ‘tidak memenuhi polisi dan matlamat syarikat’.
Penamatan itu akan berkuat kuasa 31 Mei 2022, lapor Quds News Network.
Ahad lalu, Nike menghantar pengumuman secara rasmi kepada pemilik premis di negara haram tersebut.
“Setelah tinjauan komprehensif dilakukan oleh syarikat dan mempertimbangkan perubahan pasaran, syarikat memutuskan hubungan perniagaan dan mendapati pihak anda tidak lagi sesuai dengan matlamat syarikat,” kata Nike.
Tindakan itu selari dengan matlamat organisasi yang mahu mengurangkan premis fizikal di seluruh dunia.
Hal ini kerana pihaknya mahu pengguna membuat pembelian secara dalam talian menerusi kedai digital Nike.
Syarikat itu yakin penjualan produk miliknya akan terus meningkat.
Israel mungkin terpaksa mengimport barang jenama Nike menggunakan sumber selain syarikat itu sendiri dengan kos yang akan meningkat.
Syarikat itu belum menetapkan keputusan secara khusus berkaitan dasar apartheid Israel terhadap Palestin dan tekanan yang diterima oleh gerakan Boikot dan Sekatan (BDS).
Pengguna media sosial seluruh dunia meraikan dan menyambut baik pengumuman tersebut sebagai kemenangan bagi gerakan BDS.
Sebelum ini, Nike turut menghentikan perjanjian penjualan dengan gergasi peruncitan Amazon, dua tahun lalu.