WASHINGTON: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) menyiarkan rakaman ‘suara menakutkan Marikh’ yang diperoleh dari dua mikrofon yang dipasang pada kapal angkasa lepas yang tiba di planet itu, sejak Februari lalu.
Lapor Daily Mail, mikrofon tersebut dipasang pada kenderaan penjelajah NASA, Perseverance.
Kenderaan itu meneroka planet Marikh selama lapan bulan bagi mencari kemungkinan tanda-tanda kehidupan purba sambil mengambil gambar menakjubkan.
Perseverance adalah pesawat pertama yang merakam suara di Marikh seperti mendengar bunyi angin dan memberikan maklumat lain tentang atmosfera.
Penyelidik dari L’Institut de Recherche en Astrophysique et Planétologie di Toulouse, Perancis memaklumkan hasil analisis rakaman suara Marikh terdapat ‘getaran bass yang kuat’.
Rakaman suara itu membantu jurutera NASA memantau mesin, roda dan pengoperasian umum helikopter Perseverance dan Ingenuity.
Selain itu, ia juga membantu ilmuan mengkaji perubahan atmosfera planet.
NASA memaklumkan dua mikrofon itu berjaya merakam suara di planet Marikh selama lima jam.