Makan cendawan kurangkan risiko kemurungan - Utusan Malaysia

Makan cendawan kurangkan risiko kemurungan

KAJIAN mendakwa makan cendawan mampu kurangkan risiko kemurungan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian mendakwa pengambilan cendawan mampu membantu individu mengurangkan risiko mengalami kemurungan.

Pasukan pakar dari Kolej Perubatan Penn State mengkaji data pemakanan dan kesihatan mental membabitkan lebih 24,000 orang dewasa. 

Lapor Daily Mail, kajian dilakukan selama sedekad itu menunjukkan sukarelawan yang mengelak memakan cendawan cenderung mengalami kemurungan.

“Kajian ini menambah senarai kemungkinan manfaat kesihatan diperoleh daripada memakan cendawan,” kata pengarang utama kajian itu, Dr. Joshua Muscat.

Pasukan penyelidik percaya asid amino anti-radang yang dihasilkan cendawan mungkin menjadi faktor kesan tersebut.

“Cendawan merupakan sumber makanan terbaik asid amino ergothioneine iaitu sumber anti-radang.

“Sumber ini dapat menurunkan risiko tekanan oksidatif yang juga mampu mengurangkan gejala kemurungan,” kata penyelidik utama kajian itu, Dr. Djibril Ba.

Kajian sebelum ini menunjukkan ergothioneine membantu mengurangkan kemungkinan orang menghidap skizofrenia, gangguan bipolar dan kemurungan.

Kandungan kalium dalam cendawan butang putih juga membantu mengurangkan peringkat awal kegelisahan. 

Bagaimanapun, para penyelidik tidak menyatakan jenis cendawan dimakan oleh sukarelawan dan sehubungan itu, tidak dapat ditentukan jenis cendawan terbaik untuk mengurangkan penyakit mental. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya