Lelaki pecah rekod dunia susun kerusi setinggi 518cm - Utusan Malaysia

Lelaki pecah rekod dunia susun kerusi setinggi 518cm

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pengurus restoran dari Britain berjaya memecahkan rekod dunia dengan menyusun kerusi setinggi 518 sentimeter (cm).

Lapor portal UPI, Jay Ehson, 37, menerima pengiktirafan itu daripada Rekod Dunia Guinness.

Ehson melakukan aksi itu di luar Dewan Jamuan Baab-eSalaam di Cheetham Hill, Manchester di England.

Susunan kerusi yang dilakukan oleh Ehson memecahkan rekod yang dicatatkan sebelum ini iaitu 472 cm.

“Aksi menyusun kerusi boleh menjadi sangat berbahaya. Kami memilih hari diramalkan cuaca baik agar tidak menganggu susunan kerusi tersebut.

“Orang ramai tidak harus melakukan aksi ini melainkan mereka sangat berpengalaman atau yakin dengan apa dilakukan,” katanya.

Menurut Ehson, agensi antarabangsa itu juga menetapkan beberapa peraturan untuk dipatuhi semasa melakukan aksi tersebut.

Tambahnya, aksi itu berjaya mengumpul dana sebanyak AS$2,000 (RM8,307) untuk membantu golongan gelandangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya