Langsung perkahwinan di sempadan AS-Kanada - Utusan Malaysia

Langsung perkahwinan di sempadan AS-Kanada

KAREN Mahoney dan Brian Ray melangsungkan acara perkahwinan di sempadan AS-Kanada. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Perintah sekatan Co­vid-19 sehingga menyebabkan penutupan pintu sempadan negara tidak menghalang pasangan pengantin dari Kanada menjemput ahli keluarga mereka dari negara bersebelahan menyaksikan detik bersejarah itu.

Lapor CNN, pasangan pe­ngantin itu memutuskan mengadakan majlis perkahwinan di sempadan yang memisahkan Kanada dan Amerika Syarikat (AS).

Karen Mahoney mahu majlis perkahwinannya dihadiri oleh kedua-dua ibu dan bapa serta neneknya yang sudah mence­cah usia 96 tahun.

“Itu sahaja nenek saya yang tinggal, jadi kehadirannya amat penting bagi menyaksikan detik bahagia saya,” kata Mahoney.

AS mengehadkan perjalanan tidak penting merentasi sempadan negara di Kanada sejak permulaan pandemik Covid-19.

Mahoney berkata, dia mempunyai rakan yang bekerja di sempadan negara yang mengaturkan perjumpaan dirinya dan keluarga.

Pegawai itu menjelaskan tentang peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang mengadakan acara itu termasuk memastikan kekal berada di kawasan negara masing-masing.

Mereka juga perlu memaklumkan kepada pegawai kawalan sempadan yang bertugas mengenai acara yang sedang berlangsung.

Pasangan itu melangsungkan semua acara perkahwinan di kawasan sempadan tersebut, kecuali menandatangani sijil perkahwinan yang diadakan keesokan hari di rumah Mahoney di Cadyville, New York.

Mahoney mula berkenalan dengan suaminya, Brian Ray sejak 35 tahun lalu.

Pasangan janda dan duda itu saling bertentang mata pada 1985 ketika Ray mengajar Mahoney untuk meluncur ski.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya