Kubur besar Wang Kelian: Tiga rakyat Thailand dikehendaki Malaysia ditahan - Utusan Malaysia

Kubur besar Wang Kelian: Tiga rakyat Thailand dikehendaki Malaysia ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Tiga rakyat Thailand yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia berhubung kes pemerdagangan manusia ditahan baru-baru ini dan bakal diekstradisi ke Malaysia.

Bangkok Post melaporkan, menurut jurucakap Pejabat Peguam Negara, Prayuth Phetkhun, mereka merupakan sebahagian daripada sembilan suspek kumpulan pemerdagangan manusia, dikehendaki pihak berkuasa Malaysia.

Ini susulan penemuan kubur di Wang Kelian, Perlis dan membabitkan pemerdagangan manusia etnik Rohingya pada 2015.

Menurut Prayuth, pasukan penyiasat Malaysia mendapati sembilan anggota kumpulan itu merupakan warga Thailand, lapan lelaki dan seorang wanita, dan mereka meminta Thailand pada 2017 untuk mengekstradisi bagi dibicarakan.

Katanya, Mahkamah Jenayah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap suspek berkenaan dan tiga daripadanya ditahan.

Tiga yang ditahan itu adalah Jehpa Lapi-ee, Arun Kaewfainok dan Boonyen Nesalaeh.

Pada 2015, pihak berkuasa sempadan di kedua-dua negara menemukan kubur besar dan kem penempatan semnatar di wang Kelian yang didakwa mempunyai kaitan dengan aktiviti pemerdagangan manusia.

Di Thailand, Mahkamah Jenayah menjatuhi hukuman penjara 27 tahun terhadap bekas jeneral tentera, Manas Kongpan, atas tuduhan pemerdagangan manusia, penyeludupan pendatang asing tanpa izin dan jenayah terancang pada 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN