Krisis tenaga elektrik di China bagai tiada kesudahan - Utusan Malaysia

Krisis tenaga elektrik di China bagai tiada kesudahan

BANGUNAN taman perindustrian di Houjie, Dongguan di wilayah Guangdong, salah sebuah kawasan terputus bekalan elektrik. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China baru-baru ini menghadapi krisis bekalan tenaga elektrik yang belum pernah berlaku sebelum ini, bagai tiada kesudahan.

Lapor agensi berita DPA, beberapa sekolah terjejas akibat krisis itu termasuk Sekolah Rendah Baita yang tidak mempunyai bekalan elektrik.

Dilaporkan, skrin di pintu depan sekolah yang biasanya memaparkan pelbagai pengumuman juga menjadi ‘gelap’ akibat bekalan elektrik terputus.

Kanak-kanak pula terpaksa dilepaskan untuk bermain sukan di luar daripada belajar di dalam bilik darjah.

“Kami tidak pernah menga­lami bekalan elektrik terputus seperti ini di Shenyang,” kata seorang wanita yang enggan mendedahkan namanya.

Gangguan elektrik selama satu atau dua jam dilihat masih boleh ditahan, tetapi kini seluruh kawasan kejiranannya di bandar itu terputus bekalan elek­trik sepanjang hari.

Wanita itu turut menyuarakan kebimbangan mengenai ibu bapanya yang tua tinggal di bangunan apartmen setinggi 33 tingkat.

Katanya, ketika elektrik terputus, bekalan air juga akan turut sama berhenti.

Dia juga membayangkan ke­sukaran yang terpaksa dialami oleh kedua ibu bapa yang tua dalam keadaan gelap, lif tidak berfungsi, tiada talian telefon hanya disebabkan bekalan elektrik terputus.

“Penduduk tidak seharusnya hidup seperti ini di zaman mo­den.

“Sekurang-kurangnya kerajaan harus memaklumkan kepada kami lebih awal sebelum ia berlaku,” katanya.

Krisis tenaga elektrik di seluruh China menyebabkan bekalan elektrik terputus secara drastik.

Kilang-kilang di seluruh negara terpaksa mengurangkan atau menghentikan operasi sehingga menjejaskan rantaian bekalan yang sudah tertekan akibat pandemik Covid-19.

Krisis itu sudah bermula sepanjang musim panas lalu namun menarik perhatian orang ramai minggu lalu apabila pentadbiran wilayah timur laut China memutuskan bekalan elektrik secara tiba-tiba di kawasan perumahan.

Krisis itu berlaku ketika para pemimpin China berdepan keluhan golongan kelas pertengahan yang bimbang mengenai perumahan, pendidikan dan prospek masa depan.

Kebimbangan itu berikutan kemelut hutang pemaju hartanah China, Evergrande Group sebanyak AS$300 bilion (RM1.2 trilion) dan menghadapi kemungkinan untuk jatuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya