Kes dadah: Selepas dua kali ditolak, anak Shah Rukh Khan akhirnya dapat ikat jamin - Utusan Malaysia

Kes dadah: Selepas dua kali ditolak, anak Shah Rukh Khan akhirnya dapat ikat jamin

GARA-GARA kes dadah Aryan, Shah Rukh Khan pula terkena tempiasnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Aryan Khan, anak kepada bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, telah dibenarkan untuk diikat jamin tiga minggu selepas ditahan dalam kes dadah, 2 Oktober lalu.

NDTV melaporkan, dia akan menghabiskan sekurang-kurangnya dua malam lagi di penjara kerana pasukan peguam bela boleh memohon pembebasan hanya selepas perintah rasmi Mahkamah Tinggi Bombay, hari ini.

Aryan dipenjarakan di Penjara Arthur Road Mumbai sejak 8 Oktober dan telah dinafikan ikat jamin dua kali.

Rakannya, Arbaaz Merchant dan model, Munmun Dhamecha juga diberikan ikat jamin.

Peguam Aryan, Mukul Rohatgi berkata, tiada dadah ditemukan pada anak guamnya dan alasan penahanannya adalah lemah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya