Kapal kargo terbakar di perairan Pasifik - Utusan Malaysia

Kapal kargo terbakar di perairan Pasifik

: ASAP kelihatan muncul keluar dari kontena kapal kargo Zim Kingston di perairan Pasifik, Kanada.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL: Seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan selepas kapal kargo terbakar sehingga mengeluarkan gas toksik di Pantai Pasifik, Kanada, kira-kira pukul 11 malam (waktu tempatan), Sabtu lalu.

Pihak berkuasa memaklumkan tiada sebarang ‘risiko keselamatan’ bagi penumpang lain yang berada di kapal tersebut.

Kapal kargo itu membawa muatan lebih 52,000 kilogram bahan kimia dalam dua kontena yang terbakar.

Laman web pengesan kapal laut, MarineTraffic melaporkan kapal The Zim Kingston berlepas dari bandar Victoria di British Columbia dekat Selat Juan de Fuca yang terletak di sempadan Kanada dengan Amerika Syarikat (AS).

CBC News melaporkan, kapal itu dalam perjalanan ke Vancouver ketika kebakaran melibatkan 10 kontena dalam kapal tersebut.

“Kapal itu terbakar dan membebaskan gas toksik. Setakat ini, kebakaran tidak mendatangkan risiko kepada penumpang lain, namun keadaan kapal masih dipantau secara berterusan,” kata pasukan Pengawal Pantai Kanada.

Ahad lalu, Pasukan Pengawal Pantai memaklumkan zon kecemasan di sekeliling kapal itu diluaskan sejauh 3.7 kilometer (km) berbanding 1.8 km sebelum ini.

“Disebabkan kandungan bahan kimia berada di dalam kapal kontena itu, usaha memadamkan kebakaran dengan air bukan pilihan tepat,” katanya.

Danaos Shipping yang menguruskan kapal itu memaklumkan insiden berpunca akibat muatan berlebihan dengan cuaca melampau dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan pihaknya menugaskan Agensi Penyelamat dan Pemadam Kebakaran menaiki kapal bagi memastikan keadaan sesuai membawa pulang kru kapal dengan selamat,” jelasnya.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya