Kanak-kanak 8 tahun sertai program NASA kesan asteroid - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 8 tahun sertai program NASA kesan asteroid

NICOLE Oliveira berusia lapan tahun bergambar bersama teleskop miliknya di Fortaleza, Brazil. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dilaporkan menyertai program kerjasama Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) untuk mengesan
asteroid.

Malah, ahli keluarga kanak-kanak itu mendakwa Nicole Oliveira sudah menemukan sebanyak 18 batu angkasa setakat ini.

Lapor Daily Mail, Oliveira dari Fortaleza, Brazil mempunyai minat dalam bidang angkasa lepas sejak masih kecil lagi.

Pada usia lapan tahun, Oliveira digelar sebagai ahli astronomi paling muda di dunia disebabkan hasil kerjanya dengan NASA yang antara lain melibatkan menghadiri seminar dan bertemu dengan tokoh sains terkemuka.

Kanak-kanak itu terlibat dalam projek dikenali sebagai Asteroid Hunters yang dianjurkan bagi memperkenalkan golongan muda kepada Sains dengan membantu mereka membuat penemuan sendiri.

Menurut keluarganya, dinding bilik Oliveira dipenuhi dengan poster sistem suria serta roket miniatur dan figura filem adiwira Star Wars diletakkan di raknya.

Asteroid Hunters dikendalikan oleh International Astronomical Search Collaboration, sebuah program Sains yang bergabung dengan NASA.

Penglibatan kanak-kanak itu susulan Kementerian Sains Brazil merupakan salah sebuah organisasi yang bekerjasama dengan NASA.

Sementara itu, Oliveira berkata, dia bercadang untuk menamakan asteroid tersebut sempena nama saintis di Brazil dan ahli keluarganya seperti ibu dan bapanya.

Menurut laporan, Oliveira mungkin memecahkan rekod dunia dipegang ahli astronomi dari Itali, Luigi Sannino yang mengesan dua asteroid ketika berusia 18 tahun sekiranya penemuan disahkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya