Juruterbang pesawat tempur lebih berisiko hidap kanser - Utusan Malaysia

Juruterbang pesawat tempur lebih berisiko hidap kanser

JURUTERBANG jet tempur berisiko tinggi menghidap kanser testis dan prostat. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian mendapati juruterbang pesawat tempur lebih berisiko menghidap penyakit kanser testis dan prostat.

Lapor Daily Mail, Markas Tentera Udara menerbitkan satu kajian yang dilakukan secara besar-besaran membabitkan hampir 450,000 peserta, Mei lalu.

Kajian itu menunjukkan 29 peratus juruterbang pesawat tempur dan pegawai sistem senjata berisiko menghidap kanser testis.

“Sebanyak 24 peratus berkemungkinan didiagnosis melanoma, manakala 23 peratus berisiko mempunyai kanser prostat,” jelas laporan itu.

Walaupun penemuan itu tidak mengejutkan kerana ramai pakar tentera udara dan orang dalaman menyedari peningkatan kes tersebut dalam kalangan juruterbang pesawat tempur, namun ia masih mencetuskan kebimbangan.

Setakat ini, tidak dapat ditentukan punca juruterbang berisiko tinggi menghidap kanser tersebut.

“Juruterbang pesawat tempur digalakkan untuk membincangkan mengenai laporan ini dengan pakar bedah penerbangan atau penjaga kesihatan mereka.

“Ini termasuk topik seperti perlindungan sinaran ultraungu, kesan terhadap vitamin D, gaya hidup mencegah kanser serta pemeriksaan kulit melanoma dan kanser prostat,” kata perunding perubatan bagi tentera udara, Mejar Brian Huggins.

Pasukan penyelidik tentera udara mengumpul data daripada 34,679 juruterbang jet tempur dan pegawai sistem senjata serta 411,998 juruterbang yang tidak menerbangkan pesawat sepanjang tempoh 30 tahun dari 1970 hingga 2004. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya