Jenayah kemanusiaan besar-besaran mungkin berlaku di Myanmar - PBB - Utusan Malaysia

Jenayah kemanusiaan besar-besaran mungkin berlaku di Myanmar – PBB

SEORANG lelaki memeluk anaknya selepas dia dibebaskan oleh junta tentera Myanmar di Yangon, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menzahirkan kebimbangan mengenai jenayah kemanusiaan besar-besaran di Myanmar berikutan beberapa laporan yang mendakwa pasukan tentera negara ini menuju ke bahagian utara untuk ‘mengetatkan kawalan keselamatan’.

Wakil Khas PBB di Myanmar, Tom Andrews berkata, semua pihak perlu melakukan persiapan, termasuk rakyat Myanmar untuk berdepan dengan satu lagi jenayah besar-besaran.

“Saya amat berharap kebimbangan ini tidak berlaku dan tanggapan kami salah,” katanya.

Lebih 1,100 penduduk awam terbunuh dalam operasi ketenteraan sejak junta melakukan rampasan kuasa pada 1 Februari lalu, selain 8,000 yang lain ditahan.

Andrew turut memaklumkan, beliau menerima maklumat mengenai puluhan ribu anggota tentera Myanmar lengkap dengan senjata berat menuju ke utara negara itu.

Katanya, strategi junta tentera Myanmar itu lebih kurang sama dengan yang dilakukan sebelum menyerang etnik Rohingya di negeri Rakhine pada 2016 dan 2017.

Dalam pada itu, tekanan demi tekanan yang diberikan kepada junta Myanmar ketika ini dilihat semakin berhasil apabila semakin ramai tahanan melibatkan penduduk awam dan ahli politik dibebaskan.

Pada awal minggu ini, Ketua Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing mengumumkan pembebasan lebih 5,000 tahanan yang ditangkap kerana menentang rampasan kuasa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN