Indonesia penerima hutang terbesar China - Utusan Malaysia

Indonesia penerima hutang terbesar China

GAMBAR fail bertarikh 25 April 2019 menunjukkan Jusuf Kalla, ketika itu Naib Presiden Indonesia, bersalaman dengan Presiden China, Xi Jinping selepas Forum Inisiatif Jalur dan Laluan di Beijing. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia merekodkan antara penerima hutang terbesar dari China sebanyak AS$36 bilion (RM144 bilion) sepanjang tempoh 18 tahun.

Hutang itu diterima untuk pendanaan pelbagai projek dari 2000 hingga 2017, sekali gus menyaksikan Indonesia berada di kedudukan kelima sebagai negara penerima hutang terba­nyak dari China di dunia, lapor Liputan6.com.

Data itu dilaporkan oleh Banking on the Belt and Road yang disiarkan semalam.

Laporan itu disusun oleh AidData yang menyusun daftar pinjaman dan geran dari China sepanjang tempoh tersebut.

AidData terpaksa mengambil masa selama empat tahun untuk menyiapkan data tersebut kerana China penuh dengan kerahsiaan.

Indonesia merupakan antara negara teratas penerima dana Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) Beijing.

Projek itu merupakan projek kedua bernilai tinggi di negara ini.

Laporan turut mendedahkan Indonesia merupakan negara pertama dalam projek BRI yang mengancam alam sekitar berdasarkan enam projek yang direkodkan.

Dana yang diterima sepanjang 18 tahun itu masih digunakan untuk pembangunan projek sedia ada termasuk kereta api laju Jakarta-Bandung.

Dari aspek keseluruhan projek, Indonesia di carta ketiga dengan 71 projek, sementara Kemboja berada di kedudukan pertama sebanyak 82 projek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya