Individu lukis gambar Nabi terbunuh dalam kemalangan ngeri jalan raya - Utusan Malaysia

Individu lukis gambar Nabi terbunuh dalam kemalangan ngeri jalan raya

LARS VILKS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Kartunis Sweden yang mencetuskankontroversi dan kemarahan umat Islam apabila melukis gambar Nabi Muhammad SAW, maut dalam kemalangan ngeri jalan raya.

Daily Mail melaporkan, Lars Vilks, 75, terbunuh ketika kereta polis yang dinaikinya terbalik dan terbabas ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah trak.

Kedua-dua kenderaan itu terbakar dan pemandu trak berusia 45 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami cedera parah.

Dua anggota polis yang ditugaskan mengawal Vilks di dalam kereta polis itu turut terkorban, menurut laporan Expressen.

Kejadian berlaku pada pukul 3 petang semalam (waktu tempatan) di Markaryd, wilayah Kronoberg.

Vilks mencetuskan kemarahan global apabila melukis gambar Nabi Muhammad pada 2007.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya