PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un memberitahu rakyat supaya ikat perut dan kurangkan makan untuk beberapa tauhn mendatang di sebalik kekurangan bekalan makanan yang dihadapi negara.
The Mirror melaporkan, status bekalan makanan yang meruncing itu sudah memasuki status darurat.
Pegawai Korea Utara berkata, orang ramai perlu meenrima kekurangan itu sehingga negara ini membuka semula pintu sempadan dengan China pada 2025.
Ketika ini, penduduk Korea Utara bimbang dengan keadaan mereka menjelang musim sejuk ini kerana kekurangan makanan dan terdapat laporan ada yang meninggal dunia akibat kelaparan.