Hipersonik tingkat konflik nuklear - Utusan Malaysia

Hipersonik tingkat konflik nuklear

GAMBAR yang disiarkan Korean Central News Agency menunjukkan Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik Hwasong-8 dari pusat pelancar Toyang-ri, wilayah Jagang, Korea Utara. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tindakan Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik, pada ming­gu lalu, memicu kebimbangan baharu mengenai perlumbaan senjata terkini yang mengganggu keseimbangan nuklear global.

Kelmarin, Rusia pula melancarkan peluru berpandu hipersonik dari kapal selam untuk pertama kalinya, diikuti China dan Amerika Syarikat (AS), serta sekurang-kurangnya lima negara lain mengusahakan teknologi berkenaan.

MENGAPA HIPERSONIK?
Peluru berpandu hipersonik, seperti peluru berpandu balistik sebelum ini yang mampu membawa senjata nuklear, mampu terbang lebih daripada lima kali kelajuan bunyi.

Tetapi peluru berpandu ba­listik terbang tinggi ke ruang angkasa dalam jalur berbentuk bujur untuk mencapai sasarannya, sementara hipersonik terbang pada lintasan rendah di atmosfera, berpotensi mencapai sasaran dengan lebih cepat.

Apa yang penting, peluru berpandu hipersonik dapat dikendalikan dengan mudah semasa bergerak, membuatkannya le­bih sukar dijejaki atau dipintas.

Sistem persenjataan hipersonik dapat digunakan untuk membawa kepala peledak, lebih cepat dan tepat berbanding peluru berpandu lain.

Dan, kemampuan hiperso­nik membawa senjata nuklear mampu menambahkan lagi ancaman selain meningkatkan bahaya konflik nuklear.

HIPERSONIK SATU ANCAMAN
Rusia, China, AS dan sekarang, Korea Utara, semuanya sudah melakukan ujian peluru berpandu hipersonik.

Perancis, Jerman, Australia, India dan Jepun turut memba­ngunkan hipersonik manakala Iran, Israel serta Korea Selatan telah melakukan penyelidikan awal mengenai teknologi tersebut, menurut laporan Per­khidmatan Penyelidikan Kong­res (CRS) AS, baru-baru ini.

Rusia dilihat paling laju ketika Moscow mengumumkan telah melancarkan dua peluru berpandu hipersonik Zircon melalui kapal selam berkuasa nuklear Severodvinsk, Isnin lalu.

Ujian pertama ketika kapal selam berada di permukaan dan berjaya mencapai sasaran di Laut Barents.

Ujian kedua pula ketika kapal selam itu berada pada kedalaman 40 meter di bawah permukaan.

China juga dilihat membangunkan hipersonik secara agresif, melihatnya amat pen­ting untuk mempertahankan diri daripada ‘keuntungan’ AS dalam teknologi hipersonik dan lain-lain teknologi, jelas CRS.

CRS menambah, kedua-duanya, China dan Rusia, ‘kemungkinan telah meningkatkan kemampuan operasi’ dengan melancarkan hipersonik.

Menurut laporan kerajaan, Jabatan Pertahanan AS juga mempunyai program pemba­ngunan yang agresif, merancang untuk melancarkan sehingga 40 ujian hipersonik dalam tempoh lima tahun ini.

Pentagon menguji hipersonik berkuasa scramjet minggu lalu dan menyebutnya sebagai ‘ujian yang berjaya dan akan menjadikan peluru berpandu hiperso­nik sebagai senjata yang amat berkesan untuk pertahanan negara’.

Bagaimanapun apa yang dilakukan Pyongyang ‘sangat jauh dan mendepani’ dengan ujian tertumpu kepada ‘kemampuan manuver’ dan ‘ciri-ciri penerbangan’.

‘PERLUMBAAN SENJATA’
Pakar mengatakan hiperso­nik tidak serta-merta mengubah keseimbangan nuklear global tetapi menambahkan metod pelancaran baharu yang kuat terhadap peluru berpandu sedia ada, peluru

berpandu balistik antara benua (ICBM) yang diluncurkan dari darat, dan peluru berpandu balistik melalui kapal selam.

Risiko utama adalah tidak mengetahui sama ada peluru berpandu hipersonik musuh mempunyai kepala peledak konvensional atau nuklear.

Laporan CRS mengatakan, sistem pertahanan peluru berpandu AS tidak mencukupi untuk mengesan, memintas dan memberi tindak balas tepat terhadap hipersonik.

Cameron Tracy, pakar kawalan senjata di Universiti Stanford menyebut hipersonik sebagai kemajuan ‘evolusi’.

“Ini jelas perlumbaan senjata,” katanya.

Penyelesaiannya, menurut Tracy, adalah memasukkan hipersonik dalam rundingan kawalan senjata nuklear, walaupun pada masa ini Korea Utara dan China bukan sebahagian daripada perjanjian. – AFP

CHINA TERUS CEROBOH TAIWAN
Dalam perkembangan lain, Taiwan mendesak Beijing menghentikan ‘tindakan provokatif yang tidak bertanggungjawab’ selepas sejumlah jet pejuang China memasuki zon pertahanan udaranya.

BBC melaporkan, kelmarin merupakan hari keempat berturut-turut, dengan hampir 150 pesawat China ‘mencerobohi’ zon pertahanan tersebut.

Penganalisis berkata, tindakan itu dilihat sebagai peri­ngatan kepada Presiden Taiwan menjelang hari kebangsaan pulau itu.

Beijing memandang Taiwan sebagai wilayahnya yang terpisah dengan tanah besar.

Namun Taiwan yang bersifat demokratik melihat dirinya sebagai negara yang berdaulat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya