Hasil karya Muhammad Ali dilelong RM4.18 juta - Utusan Malaysia

Hasil karya Muhammad Ali dilelong RM4.18 juta

LUKISAN Sting Like a Bee dijual pada harga AS$425,000. - BONHAMS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Koleksi lukisan yang dihasilkan oleh legenda tinju, Allahyarham Muhammad Ali berjaya dijual pada harga hampir AS$1 juta (RM4.18 juta) dalam satu acara lelongan.

Lapor BBC, kira-kira 26 karya bekas juara tinju heavyweight dunia itu, dilelong di firma lelongan, Bonhams di New York.

Salah sebuah lukisan paling popular, Sting Like a Bee berjaya dijual pada harga AS$425,000 (RM1.77 juta) iaitu 10 kali ganda lebih tinggi berbanding anggaran pra-jualan.

Allahyarham terkenal sebagai seorang atlet paling hebat selain aktivis dan penyajak namun bakat seninya kurang diketahui umum.

Menurut Bonhams, beliau melukis hasil karya sepanjang hidupnya, didorong oleh bapanya yang merupakan artis profesional dan kemudian mempelajari daripada artis sukan LeRoy Neiman.

“Hampir semua karya dihasilkan beliau menggambarkan subjek dekat dengan hatinya seperti isu tinju, hak sivil, agama, keamanan dunia dan kemanusiaan,” kata Pengarah Budaya Popular Bonbams, Helan Hall.

Tambah Bonhams, lukisan Sting Like a Bee dihasilkan semasa penggambaran filem Freedom Road in Mississippi pada tahun 1978.

Hasil karya Muhammad Ali dilelong oleh pengumpul produk seni dan rakannya, Rodney Hilton Brown.

Brown mendakwa Muhammad Ali melukis tiga lukisan pertama baginya selepas satu perlawanan di Boston pada tahun 1977. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya