Gempa Bali: Lebih 500 rumah rosak - Utusan Malaysia

Gempa Bali: Lebih 500 rumah rosak

SEBAHAGIAN daripada rumah yang rosak teruk akibat gempa bumi di Bali, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Sekurang-kurangnya lebih 500 buah kediaman rosak dengan 269 daripadanya mengalami kemusnahan teruk akibat gempa bumi sederhana berukuran 4.8 skala Richter yang melanda Bali pada Sabtu lalu.

Ketua Pelaksana Badan Pencegahan Bencana Daerah Bali, Made Rentin berkata, data itu diperoleh berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan pihak berkuasa sehingga semalam.

Katanya, selain rumah, beberapa tempat ibadat dan 39 infrastruktur awam juga rosak akibat gempa bumi tersebut.

“Terdapat 302 lagi rumah turut mengalami kerosakan, namun tidak serius.

“Antara infrastruktur awam yang rosak termasuk pejabat desa, klinik kesihatan dan sekolah,” katanya kepada Kompas.com.

Selain itu, Made memberitahu, sebanyak 21 tempat ibadat rosak teruk, termasuk sejumlah candi.

Gempa bumi yang berlaku kira-kira lapan kilometer ke barat laut Karangasem itu menyebabkan tiga orang maut dan 83 yang lain cedera.

Pihak berkuasa tempatan menganggarkan Bali mengalami kerugian hampir satu bilion (RM295,473) akibat gempa tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya