Gaji lebih tinggi alasan isteri mohon cerai - Utusan Malaysia

Gaji lebih tinggi alasan isteri mohon cerai

MAHKAMAH Syariah di wilayah Jepara, Jawa Tengah menerima 2,097 kes cerai yang didaftarkan sepanjang Januari hingga September ini. – DETIKCOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Mahkamah Syariah di wilayah Jepara, Jawa Te­ngah memaklumkan jumlah kes perceraian yang didaftarkan sehingga September tahun ini, sebahagian besar difailkan oleh si isteri.

Lapor Detik News, daripada jumlah 1,641 kes cerai yang didaftarkan, sebanyak 1,262 kes difailkan oleh golongan tersebut.

Ketua Mahkamah Syariah Jepara, Rifai mendedahkan, pertengkaran dan kehadiran orang ketiga menjadi faktor utama perceraian dalam sebahagian besar pasangan suami isteri.

Malah Rifai juga memaklumkan, isu gaji si isteri lebih tinggi daripada suami juga menjadi antara penyebab berlakunya perceraian.

“Pertengkaran berterusan dan ekonomi (banyak punca cerai),” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Rifai juga membuat perbandingan antara zaman masa kini dan sebelum perusahaan mengambil golongan wanita yang sudah berkahwin untuk bekerja.

“Isteri boleh bekerja sendiri dan gajinya lebih tinggi daripada suami mereka.

“Kadang-kadang apa yang berlaku adalah mereka rasa mampu berdikari terutamanya ketika suami hanya mendapat gaji kecil.

“Jadi, apabila berlaku perkara seperti ini, si isteri tidak boleh menerima hakikat keadaan suaminya,” katanya.

Menurut Rifai, sebanyak 2,097 kes cerai didaftarkan di Mahkamah Syariah Jepara dari tempoh Januari-September tahun ini.

Katanya, daripada jumlah ter­sebut, sebanyak 399 kes difailkan untuk memohon keizi­nan, sebanyak 1,262 menuntut cerai dan 379 kes talak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya