TEL AVIV: Seramai enam angkasawan akan menghabiskan masa selama empat minggu tinggal di ‘planet Marikh versi tiruan’ di Gurun Negev Israel.
Saintis berharap misi mencabar itu akan membekalkan mereka maklumat bagaimana manusia dapat menyesuaikan diri dengan tempat yang terkurung dan terasing, lapor Daily Star.
Semua kelengkapan, kru dan kemudahan operasi di Israel akan diuruskan oleh ‘kawalan misi’ di Inssbruck, Austria.
Simulasi itu melibatkan seramai lima angkasawan lelaki dan seorang wanita yang akan menghabiskan masa selama empat minggu tinggal di ‘fasiliti analog Marikh’ dengan memakai sut angkasa lepas.
Forum Angkasa Lepas Austria yang menjalankan misi tersebut turut menyediakan jurutera aeroangkasa dan peminat ruang angkasa yang ingin mencipta teknologi diperlukan bagi membawa manusia ke planet Marikh.
Selain melihat bagaimana manusia menangani keadaan di padang pasir, kru juga dilaporkan akan meniru pelbagai aktiviti di permukaan planet Marikh buatan tersebut.
Misi analog membantu untuk memahami ‘kelebihan dan halangan misi masa depan planet manusia’ sebelum dihantar ke Marikh, 2030.
Keadaan sebenar di Marikh meliputi suhu beku, kurang suasana bernafas dan sinaran matahari yang kuat.
Fasa pengasingan kru bermula 12 Oktober lalu dan mereka hanya dibenarkan berhubung dengan kawalan misi sehingga dibebaskan 31 Oktober depan.