Duterte umum jadual cuti umum 2022, Aidilfitri dan Aidiladha ditetapkan kemudian ikut kalendar Hijrah - Utusan Malaysia

Duterte umum jadual cuti umum 2022, Aidilfitri dan Aidiladha ditetapkan kemudian ikut kalendar Hijrah

RODRIGO DUTERTE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte mengeluarkan jadual cuti umum untuk 2022 bagi membolehkan rakyat Filipina merancang percutian mereka tahun depan.

The Manila Times melaporkan, Presiden Filipina itu menandatangani Proklamasi 1236 yang mengisytiharkan 10 hari kelepasan am, enam hari khas tidak bekerja dan tiga hari cuti bekerja khas.

Cuti biasa antaranya termasuk Tahun Baharu, Good Friday, Hari Pekerja, Hari Kemerdekaan dan Krismas.

Hari khas tidak bekerja pula termasuk Tahun Baharu Cina.

Menurut beliau, pengisytiharan itu akan meningkatkan produktiviti ekonomi negara di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Sementara itu, Presiden turut mengumumkan sambutan Aidifitri dan Aidiladha sebagai hari kelepasan kebangsaan tetapi tarikh tersebut akan dikeluarkan kemudian.

Ini jelasnya, mengikut tarikh yang ditetapkan mengikut kalendar Hijrah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya