Didenda sebab gubah pokok renek jadi ‘jari tengah’ - Utusan Malaysia

Didenda sebab gubah pokok renek jadi ‘jari tengah’

RICHARD berdepan tindakan undang-undang selepas menggubah pokok renek menjadi isyarat lucah jari tengah. – SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang warga emas berdepan tindakan undang-undang selepas memangkas dan menggubah sebuah pokok renek setinggi 304.8 sentimeter menjadi isyarat lucah jari tengah.

Lapor Daily Star, Richard Jenkins, 63, diberi amaran bakal menghadapi tindakan undang-undang itu sekiranya gagal memotong pokok tersebut meskipun sudah hampir 20 tahun berada di kawasan perumahannya.

Seorang penduduk membuat aduan kepada Majlis Daerah Warwickshire mengenai Richard bersama isterinya, Linda, 22, yang tinggal di seberang jalan sebuah pub di kawasan perkampungan Warton, Warwickshire.

Dilaporkan, gubahan pokok renek yang memaparkan isyarat lucah itu asalnya sebagai bahan jenaka bagi penduduk yang mengunjungi pub tersebut, sebelum tular dalam media sosial.

Gubahan itu menarik perhatian ratusan pengunjung termasuk pengguna Instagram dan TikTok yang mahu memaparkannya di profil akaun mereka.

“Saya terkejut apabila majlis perbandaran mengarahkan untuk memotong pokok berkenaan.

“Malah, mereka juga mencadangkan kepada saya untuk menggubah pokok renek itu menjadi bentuk penumbuk,” katanya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya