Datuk curi motosikal demi berfoya-foya dengan wanita - Utusan Malaysia

Datuk curi motosikal demi berfoya-foya dengan wanita

SUSPEK curi motosikal ditahan untuk siasatan polis. – DETIKCOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GARUT: Seorang lelaki berusia 55 tahun yang sudah mempunyai dua cucu diberkas polis selepas didapati mencuri motosikal.

Lapor Detik.com, wang hasil jualan barang curi itu digunakan untuk berfoya-foya de­ngan wanita.

Ketua Polis Garut Kota, Deden Mulyana berkata, suspek melakukan aktiviti jenayah itu sebanyak empat kali.

Jelasnya, lelaki itu bertindak menjual motosikal curi dalam media sosial.

“Dia sempat melarikan diri ketika diburu pihak polis. Kita turut merampas bahan bukti seperti kunci dan dua motosikal curi.

“Suspek berdepan pertuduhan mengikut Artikel 363 Kanun Jenayah berhubung dakwaan mencuri yang membawa hukuman enam tahun penjara,” jelasnya.

Deden memberitahu, salah sebuah motosila yang dicuri adalah milik Ketua Daerah Garut.

Katanya, suspek berusia 55 tahun dan berasal dari Kota Wetan dan mengakui sudah memiliki dua cucu.

“Hasil jualan barang curi itu digunakan untuk berfoya-foya dengan perempuan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya