China perkenal undang-undang kurangkan kerja sekolah pelajar - Utusan Malaysia

China perkenal undang-undang kurangkan kerja sekolah pelajar

GOLONGAN pelajar di China tidak lagi berdepan dengan bebanan kerja sekolah yang banyak. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: China meluluskan undang-undang pendidikan baharu yang menyaksikan golongan pelajar tidak perlu lagi terbeban dengan kerja sekolah yang banyak dan menghadiri kelas tambahan bagi subjek teras.

Undang-undang baharu itu menjadikan kerajaan tempatan bertanggungjawab memastikan tekanan kerja sekolah dan kelas tuisyen akan dikurangkan.

Golongan ibu bapa juga akan diminta untuk menyusun semula jadual anak-anak bagi membolehkan mereka mempunyai masa rehat dan senggang yang sihat.

Beijing sebelum ini memperkenalkan beberapa pendekatan tegas bagi ‘menjaga golongan muda di negara ini’, termasuk menyekat masa bermain permainan video dalam talian bagi individu berusia bawah 18 tahun dan penggunaan internet.

Golongan tersebut hanya boleh bermain permainan video dalam talian selama sejam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Pada awal minggu ini, Parlimen China bercadang untuk melaksanakan undang-undang yang boleh menghukum ibu bapa sekiranya anak mereka terlibat dalam kegiatan jenayah atau menunjukkan ‘perangai buruk yang tidak boleh dikawal’.

Kementerian Pendidikan China juga melarang kelas tambahan diadakan di sekolah pada hujung minggu serta musim cuti kerana bimbang dengan bebanan akademik melampau. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya