LONDON: Seorang lelaki di Cumberland didakwa membunuh abang, kakak ipar dan seorang ahli keluarga yang sudah lanjut usia akibat mempercayai vaksin Covid-19 berbahaya.
Lapor CBS Baltimore, suspek didakwa bertelagah dengan saudaranya, Brian Robinette yang bekerja sebagai ahli farmasi kerana mempercayai dakwaan kononnya kerajaan mahu meracun orang ramai dengan vaksin.
Jeffrey Burnham, 46, ditahan di Pusat Tahanan Allegany County dan berdepan pertuduhan membunuh darjah pertama mangsa berusia 83 tahun, Rebecca Reynolds.
Pihak berkuasa Howard County mendakwa Burnham dengan dua pertuduhan pembunuhan darjah pertama, dua pertuduhan pembunuhan darjah kedua dan satu pertuduhan menggunakan pistol sehingga menyebabkan kematian abangnya dan isteri Brian, Kelly.
Ibu Burnham, Evelyn, menghubungi Jabatan Polis Cumberland 29 September lalu kerana bimbang mengenai kesihatan mental anaknya.
Jabatan Polis Howard County memasuki rumah suspek dan menemukan sebuah pistol dengan katrij 40 peluru.