WASHINGTON: Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Colin Powell meninggal dunia pada usia 84 tahun kerana jangkitan Covid-19.
Berita kematian Powell yang memainkan peranan penting dalam perang di Iraq pada 2003, diumumkan oleh keluarganya menerusi media sosial.
“Kami kehilangan suami, ayah, datuk yang penyayang dan warga AS yang hebat,” menurut pengumuman yang dibuat keluarganya hari ini.
Jeneral bersara itu pernah berkhidmat untuk empat presiden dalam membina reputasi pentadbiran yang dihormati di AS.
Powell merupakan setiausaha pertama AS yang berkulit hitam dan beliau dilantik memegang jawatan itu pada tahun 2000.
Beliau terkenal dengan ucapan lantangnya ketika menghadiri sidang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa terdapat senjata pemusnah besar-besaran di Iraq, bukti yang kemudianya ternyata palsu.
Sementara itu, keluarga Powell memaklumkan bekas ahli politik itu sudah menerima suntikan vaksinasi lengkap sebelum dijangkiti Covid-19. – AFP