Bas diarah berpatah balik, ramai pelancong belum divaksin - Utusan Malaysia

Bas diarah berpatah balik, ramai pelancong belum divaksin

KENDERAAN pelancongan akan diberikan pelekat khas sebelum meneruskan perjalanan dengan mematuhi syarat ditetapkan.-KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULON PROGO: Dua kenderaan pelancongan diarahkan berpatah balik selepas sebahagian besar penumpang dari Jawa Tengah ke Yogyakarta belum divaksin.

Petugas Terminal Wates, Kulon Progo, Yani berkata, bas pelancong yang ingin memasuki Yogyakarta perlu melalui semakan syarat perjalanan di beberapa tempat seperti di Bandara Adi Sudjipto, Terminal Jombor dan Terminal Wates.

Garis panduan itu seiring dengan surat edaran yang dikeluarkan oleh Petugas Khas Menangani Covid-19 berhubung peraturan perjalanan semasa pandemik.

“Pelancong tersebut mungkin tidak mengetahui tentang Penguatkuasaan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM).

“Kenderaan pelancongan boleh meneruskan perjalanan sekiranya kesemua penumpang sudah menerima suntikan vaksin dengan kapasiti penumpang tidak melebihi 70 peratus,” katanya lapor Kompas.com.

Menurut Yani, kenderaan yang dibenarkan meneruskan perjalanan akan ditanda dengan pelekat khas sebelum bergerak ke Yogyakarta.

Pemeriksaan di terminal itu dijalankan sejak pertengahan bulan ini, manakala, kawasan lain sejak September lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya