Bapa rogol anak, paksa anak lelaki cabul ibu - Utusan Malaysia

Bapa rogol anak, paksa anak lelaki cabul ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang bapa dihukum penjara selama 29 tahun dan 24 sebatan selepas didapati bersalah merogol anak kandung berusia 13 tahun dan memaksa anak lelakinya, 15, mencabuli ibu sendiri.

Suspek, 41, berdepan tiga pertuduhan merogol, serangan seksual dan bersubahat dengan menghasut anaknya untuk merogol, lapor CNA.

Mahkamah turut mempertimbangkan pertuduhan lain termasuk kejadian kedua memaksa anaknya memperkosa ibunya sendiri.

Tertuduh merupakan seorang juruteknik dan tinggal di pangsapuri bersama isteri, 45, anak perempuan, 16 dan anak lelaki, 18.

Pada 2015, lelaki itu tinggal bersendirian di dalam rumah bersama anak perempuannya yang ketika itu berusia 11 tahun dengan menyuruhnya membasuh alat kemaluan.

Kanak-kanak itu memahami maksud sebenar bapanya yang mahu melakukan hubungan seks dengan dirinya kerana pernah dicabul semasa darjah tiga.

Mangsa terpaksa akur dan masuk ke bilik, sementara bapanya sudah menunggu dalam keadaan berbogel.

Timbalan Pendakwa Raya, Victoria Ting berkata, suspek melakukan perbuatan seks ke atas mangsa dan memaksanya untuk membalas.

Mangsa tidak membenarkan perbuatan seks itu tetapi mematuhinya kerana takut dengan bapanya.

Tertuduh memberitahu niatnya merogol anak kandung sendiri kerana tidak mahu individu lain mengadakan hubungan seks dengan anaknya dan mahu dia kekal bujang sampai bila-bila.

Kejadian sama berulang pada 2017 dan mangsa membongkarkan perkara itu kepada abangnya.

Akibat takut dipukul oleh bapanya dan tidak mahu menjejaskan nama keluarga, abang keluarga mendiamkan perkara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya