Banjir kilat, ribut, tanah runtuh landa California Utara - Utusan Malaysia

Banjir kilat, ribut, tanah runtuh landa California Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: California Utara dilanda ribut kuat sehingga menyebabkan tanah runtuh dan banjir.

Angin kencang yang melanda negeri itu turut menumbangkan pokok di kawasan yang disebut sebagai ‘bom siklon’ oleh ahli meteorologi, lapor Reuters.

Pakar Meteorologi, dari Pusat Ramalan Cuaca Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Marc Chenard turut meramalkan hujan sehingga 25 sentimeter membanjiri Pantai Barat.

California bukan sahaja dilanda ribut, malah, turut dilanda kebakaran hutan paling teruk dalam sejarah negeri itu sebelum ini.

Sebahagian besar wilayah berada dalam cuaca kemarau yang teruk dan luar biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya