AS kutuk serangan maut di Sudan - Utusan Malaysia

AS kutuk serangan maut di Sudan

PIHAK tentera melepaskan gas pemedih mata terhadap peserta protes di Khartoum. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi tekanan terhadap kerajaan junta tentera Sudan selepas pertempuran antara pihak tentera dengan peserta protes menyebabkan angka kematian mencecah 11 mangsa.

Lapor Reuters, Presiden AS turut senada dengan 15 negara anggota Majlis Keselamatan PBB yang menggesa pemulihan kerajaan awam di Sudan.

“Mesej kami kepada tentera Sudan adalah jelas. Rakyat Sudan mesti dibenarkan melakukan protes secara aman dan kerajaan peralihan mesti dikembalikan.

“Peristiwa kebelakangan ini adalah satu kemunduran yang teruk, tetapi AS akan terus berdiri bersama rakyat Sudan dan perjuangan tanpa kekerasan,” katanya.

Ribuan rakyat Sudan berhimpun di jalanan sejak Ketua Majlis Tertinggi Sudan, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan mengisytiharkan darurat serta kerajaan peralihan yang dipimpin Abdalla Hamdok dibebaskan.

Saksi berkata, mereka melihat peluru hidup dan getah digunakan terhadap peserta protes di Bahri, sepanjang sungai Khartoum.

Sebuah jawatankuasa doktor memberitahu, seorang mangsa maut dalam pertempuran itu, manakala dua lagi cedera dan kritikal.

Seorang lelaki berusia 22 tahun turut meninggal dunia akibat ditembak sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa maut adalah 11 orang.

Dalam pada itu, Abdel Fattah menjanjikan proses demokrasi akan ditegakkan melalui pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka diadakan Julai, 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya