Arab Saudi, Bahrain usir duta Lubnan - Utusan Malaysia

Arab Saudi, Bahrain usir duta Lubnan

HUBUNGAN Arab Saudi dan Lubnan bertambah tegang selepas duta Lubnan diusir keluar dari negara itu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Arab Saudi melarang semua import barangan dari Lubnan dan memberikan tempoh selama 48 jam kepada duta Lubnan meninggalkan negara itu.

Langkah itu diambil susulan rakaman siaran televisyen muncul minggu ini mengenai seorang menteri mengkritik perang pakatan pimpinan Arab Saudi di Yaman.

Arab Saudi turut melarang rakyatnya mengunjungi Lubnan dan memanggil pulang dutanya.

“Kerajaan Arab Saudi berasa kesal hasil hubungan dengan Lubnan kerana pihak berkuasa Lubnan mengabaikan fakta serta kegagalan berterusan mereka mengambil langkah pembetulan,” kata negara itu dalam kenyataan.

Beberapa jam selepas itu, Bahrain turut memerintahkan duta Lubnan meninggalkan negara itu dalam tempoh dua hari dengan alasan sama.

Hubungan Lubnan dan Arab Saudi sememangnya tegang dan bertambah buruk sejak Selasa lalu, selepas rakaman dalam talian tersebar mengenai Menteri Penerangan Lubnan, George Kordahi mengeluarkan kenyataan mengenai perang Arab Saudi terhadap pemberontak Houthi di Yaman.

Kordahi berkata, temu bual yang disiarkan dalam televisyen itu dirakam sebulan lebih awal, sebelum beliau dilantik sebagai menteri.

Kordahi yang juga bekas pengacara televisyen berkata, perang yang berlangsung sekian lama itu adalah ‘sia-sia’ dan menggesa ia ditamatkan segera yang menyinggung perasaan tentera gabungan pimpinan Arab Saudi.

Susulan langkah itu, Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati berkata, beliau ‘kesal’ dengan tindakan Arab Saudi.

“Kami merayu pemimpin Arab membantu mengatasi krisis ini demi memelihara perpaduan negara Arab,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya