Anggota tentera Britain alami masalah kegemukan? - Utusan Malaysia

Anggota tentera Britain alami masalah kegemukan?

RAMAI anggota tentera diberikan pil diet untuk menurunkan berat badan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Anggota tentera Britain kini berdepan Battle of the Bulge yang merujuk kepada masalah menurunkan berat badan apabila saiz pinggang mereka mencecah sehingga 55 inci atau 139.7 sentimeter (cm).

Lapor The Sun, ramai anggota tentera telah diberikan pil diet untuk mengurangkan berat badan mereka.

Malah, ada juga yang disingkirkan daripada angkatan tentera kerana terlalu berat.

Dari awal tahun hingga April lalu, seramai 11 anggota tentera mempunyai pinggang berukuran 139.7 cm.

Jumlah itu merangkumi tiga daripada Tentera Laut, tiga (Tentera Darat) dan lima dari Tentera Udara Diraja (RAF).

Purata ukuran pinggang lelaki Britain adalah 37 inci atau 93.98cm.

Dilaporkan, sebanyak lima anggota tentera diberhentikan kerana masalah berat badan mereka.

Data yang diperoleh The Sun menunjukkan seramai 3,000 anggota tentera gagal dalam ujian untuk menentukan sama ada mereka layak untuk bertarung.

“Ujian kecergasan yang kuat dan lebih kerap memastikan anggota secara fizikal dapat melakukan tugasan yang diberikan kepada mereka,” jelas Kementerian Pertahanan. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya