4.7 juta pekerja migran Indonesia mangsa sindiket - Utusan Malaysia

4.7 juta pekerja migran Indonesia mangsa sindiket

PEKERJA migran diselamatkan oleh polis daripada agensi pekerjaan yang bakal membawa mereka bekerja ke luar negara dalam serbuan di Jakarta pada 2005. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Badan Perlindu­ngan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI) menyatakan terdapat sejumlah 4.7 juta pekerja migran Indonesia di luar negara menjadi mangsa penipuan sindiket dan ditempatkan ke sektor pekerjaan secara haram.

Detik melaporkan, daripada jumlah itu, majoriti mangsa merupakan wanita dan golongan ibu.

Ketua BP2MI, Benny Rhamdani berkata, antara masalah yang dihadapi mereka antaranya gaji tak dibayar, diseksa hingga ce­dera parah dan meninggal dunia.

Jelasnya, dalam tempoh dua tahun terakhir ini, BP2MI membantu membawa pulang 65,734 pekerja migran Indonesia yang terkesan akibat menjadi mangsa sindiket.

“Terdapat 981 pekerja migran Indonesia yang meninggal dunia dan kami membantu membawa pulang jenazah kepada waris.

“Dalam tempoh dua tahun ini, terdapat 1,316 pekerja migran Indonesia yang sakit dan kami menangani kepulangan mereka selain 62,488 pula berdepan masalah undang-undang,” katanya di sini semalam.

Benny berkata, kes-kes sedemikian menunjukkan sindiket meletakkan mereka dalam pelbagai sektor secara haram dan merupakan satu jenayah luar biasa serta jenayah pemerdaga­ngan manusia.

Oleh itu kata Benny, pengendalian menyeluruh diperlukan untuk membasmi mafia atau sindiket penempatan pekerja migran Indonesia yang tidak sah.

“Saya bermimpi suatu saat memenjarakan mereka yang disebut sindiket, mafia serta menyita dan merampas semua harta kekayaan daripada bisnes kotor penempatan secara haram,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya