3 dari 10 guru terbeban dengan kerja sekolah - Utusan Malaysia

3 dari 10 guru terbeban dengan kerja sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Satu tinjauan yang dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan Jun lalu, mendapati seramai tiga dari 10 guru terbeban dengan kerja di sekolah.

Laporan tersebut mendedahkan tekanan itu dihadapi akibat cabaran serta tekanan kerja yang tinggi sehingga menyebabkan golongan guru mengalami serangan panik serta kecelaruan emosi.

Malah, ada guru yang sanggup berhenti kerja bagi memastikan kesihatan mental mereka berada dalam keadaan baik, lapor CNA.

Berdasarkan Organisasi bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), golongan guru di Singapura dilaporkan bekerja selama 46 jam seminggu secara purata pada 2018.

Kebiasaannya tugas sebagai guru tidak terhenti setakat di sekolah, malah, mereka turut menghadap kerja di rumah dengan tugasan yang perlu dinilai serta persediaan sesi pengajaran keesokan hari.

Malah, golongan guru perlu merancang penganjuran acara, menguruskan aktiviti kokurikulum, masalah disiplin pelajar serta menjadi kaunter ‘perkhidmatan pelanggan’ bagi ibu bapa yang mempunyai kes.

Tugas guru lebih bertambah mencabar ketika pandemik Covid-19 melanda dan mereka turut memainkan peranan sebagai kaunselor kesihatan mental, duta penjarakan fizikal dan pencipta kandungan multimedia bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Menurut seorang pesara, pulang ke rumah pada pukul 3 petang adalah perkara biasa selepas keluar dari awal pagi sejak 25 tahun lalu.

Walaupun begitu, permohonan menjadi guru dilaporkan masih meningkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya