MOSCOW: Sekurang-kurangnya 15 orang maut dalam insiden kebakaran di sebuah kilang bahan letupan industri di tenggara Rusia, hari ini.
Kerajaan negeri Ryazan memaklumkan, kejadian itu menyaksikan ramai mangsa cedera akibat melecur, selain seorang dilaporkan hilang.
Kilang tersebut terletak di perkampungan Lesnoye, kira-kira 300 kilometer dari Moscow.
Menurut pihak berkuasa, laporan pertama mengenai kebakaran di kilang itu diterima pada pukul 8.22 pagi waktu tempatan.
Sehubungan itu, sebanyak 170 anggota penyelamat dikerah ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja penyelamat.
Punca kejadian sehingga kini belum dikenal pasti. – AFP