WHO pantau varian 'Mu' - Utusan Malaysia

WHO pantau varian ‘Mu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memantau perkembangan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai ‘Mu’, yang pertama kali dikenal pasti di Colombia, Januari lalu.

‘Mu’ atau nama saintifiknya B.1.621 diklasifikasikan sebagai ‘variant of interest‘ oleh WHO.

Menurut WHO, varian itu mengandungi mutasi yang menunjukkan risiko ketahanan terhadap vaksin dan menekankan keperluan kajian lebih lanjut bagi memahami dengan lebih baik.

Terdapat kebimbangan besar mengenai kemunculan mutasi virus baharu ketika kadar jangkitan meningkat secara global disebabkan varian Delta yang sangat mudah berjangkit terutamanya dalam kalangan individu yang belum divaksin serta di kawasan-kawasan yang sudah melonggarkan sekatan pergerakan.

Semua virus termasuk Covid-19 bermutasi dari masa ke masa dan kebanyakan tidak mempengaruhi sifat virus.

Selepas dikesan di Colombia, varian ‘Mu’ turut dilaporkan di negara Amerika Selatan dan Eropah.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya