WHO lancar hab data pandemik di Berlin - Utusan Malaysia

WHO lancar hab data pandemik di Berlin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan sebuah hab data global di Berlin bagi menganalisis maklumat berhubung ancaman pandemik akan datang.

Hab WHO bagi Perisikan Pandemik dan Epidemik dirasmikan di ibu negara Jerman oleh Canselor, Angela Merkel bersama Ketua WHO, Tedros Adhannom Ghebreyesus.

Menurut Ghebreyesus, usaha itu bakal `merapatkan jurang dalam pertahanan dunia.’

“Pandemik Covid-19 banyak memberi pengajaran pahit kepada seluruh dunia. Salah satu yang paling jelas adalah keperluan sistem dan peralatan baharu bagi pasukan pemantauan global untuk mengumpul, menganalisis dan menyebarkan data mengenai wabak.

“Kami sedar virus menular dengan pantas tetapi data juga mampu bergerak lebih cepat.

“Dengan maklumat yang tepat, mana-mana negara dan komuniti boleh bersiap sedia lebih awal menghadapi risiko dan menyelamatkan nyawa,” katanya.

Hab data itu menerima pembiayaan dana awal dari Jerman.

Hab tersebut akan mengumpulkan para pakar daripada pelbagai bidang di Berlin untuk menganalisis data dengan segera untuk meramal, mencegah, mengesan, melakukan persiapan dan tindak balas terhadap risiko pandemik di seluruh dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya