Wanita kurung kakak OKU dalam kandang di rumahnya - Utusan Malaysia

Wanita kurung kakak OKU dalam kandang di rumahnya

LEONA Biser
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita berusia 52 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun selepas didapati mengurung kakaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dalam sebuah kandang kayu di rumahnya.

Lapor Daily Star, Leona Biser dari Pennsylvania membina kandang kayu itu untuk mengurung kakaknya, Loretta Lancaster yang berusia 54 tahun.

Menurut pihak pendakwa raya, kandang kayu tersebut mengandungi sebuah tilam yang kotor.

Malah, lebih menjijikkan rumah Biser dipenuhi dengan semak dan najis di merata-rata selain sarang serangga dan ular.

Ketua Peguam Pennsylvania, Josh Shapiro mendedahkan rumah itu tidak mempunyai bilik mandi atau saluran air.

“Apa yang dilakukan oleh Biser terhadap kakaknya tidak boleh dimaafkan langsung. Perbicaraan hari ini adalah untuk mendapatkan keadilan.

“Mana-mana individu yang didapati mendera orang lain di Pennsylvania akan didakwa atas kesalahan itu,” katanya.

Lancaster dikeluarkan dari rumah tersebut pada tahun lalu dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya