JAKARTA: Seorang isteri berjaya menghidu perbuatan curang suaminya dan menjejak lokasi lelaki itu berdua-duaan dengan wanita lain.
Lebih memeranjatkan apabila wanita itu mendapati suaminya bersama dengan sepupunya sendiri di atas katil di sebuah bilik.
Video serbuan itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.indo.
Menerusi video itu, suaminya memakai baju berwarna putih dengan seluar pendek sambil duduk di bucu kiri katil, sementara, sepupu wanita itu duduk di sebelah hujung katil dengan memakai skirt pendek berwarna hitam.
“Saya tidak percaya suami saya begini. Kalau tiada apa-apa, kenapa kamu berdua-duaan di dalam bilik?” soal wanita itu.
Namun, lelaki itu berusaha menafikan tuduhan dia melakukan perbuatan tidak senonoh dan menjelaskan tidak melakukan apa-apa di dalam bilik tersebut.-AGENSI