Ujian Covid-19 melalui ketiak - Utusan Malaysia

Ujian Covid-19 melalui ketiak

CHADIN Kulsing memeriksa peralatan yang digunakan untuk mengesan Covid-19 melalui peluh ketiak. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Bagi peniaga di pasar dekat sini, peluh dari ketiak yang membasahi baju mereka, terutama ketika musim tengkujuh, mungkin mengandungi tanda jangkitan Covid-19.

Untuk itu penyelidik Thailand sedang membangunkan alat pengesan virus mudah alih berpandukan titisan peluh dan ujian dijalankan ke atas peniaga di pasar terbabit.

“Berdasarkan sampel, kita mendapati mereka yang dijangkiti Covid-19 akan mengeluarkan kimia tertentu.

“Kita menggunakan penemuan itu untuk membangunkan peranti bagi mengesan bau badan, terutama yang dihasilkan dalam peluh mereka yang positif Co­vid-19,” jelas Dr. Chadin Kulsing dari Universiti Chulalongkorn.

Chadin mendakwa, ujian itu mempunyai ketepatan 95 peratus.

Beliau berharap peranti itu akan diguna pakai sebagai alternatif kepada ujian calitan yang mahal dan memerlukan pemprosesan di makmal.

Peranti itu masih di peringkat pembangunan dan kajian me­ngenainya belum diterbitkan atau dinilai.

Saintis menggunakan peranti yang biasa digunakan untuk mengesan bahan toksik dalam persekitaran.

Subjek perlu meletakkan kapas calitan di bawah ketiak selama 15 minit sebelum kapal dimasukkan ke dalam tiub kaca dan disteril dengan sinaran ultra ungu.

Pekerja di pasar berkenaan menjelaskan mereka lebih selesa dengan ujian melalui ketiak berbanding calitan menerusi lubang hidung. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya