Trump saman anak saudara, New York Times - Utusan Malaysia

Trump saman anak saudara, New York Times

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memfailkan saman terhadap anak saudaranya, Mary Trump dan akhbar New York Times dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$100 juta (RM419 juta).

Saman itu dikemukakan dengan mendakwa Mary dan New York Times terlibat dalam komplot untuk mendapatkan penyata pulangan cukai Trump bagi laporan penyiasatan akhbar tersebut berhubung kewangannya.

Saman yang difailkan di County Dutchess di New York menyatakan wartawan Susanne Craig, David Barstow dan Russ Buettner telah mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan rekod cukai sulit milik Donald J Trump.

“Defendan terlibat dalam komplot mendapatkan rekod sulit dan amat sensitif yang mana mereka mengeksploitasi untuk manfaat mereka.

“Mereka juga telah menggunakannya sebagai bahan untuk mengesahkan laporan mereka yang palsu,” jelas saman itu.

Saman itu turut menyatakan usaha mereka bersifat dendam peribadi.

New York Times dan tiga wartawan akhbar itu memenangi Anugerah Pulitzer pada tahun 2019 bagi laporan penyiasatan mengenai kewangan milik keluarga Trump.

Laporan berita itu mendakwa Trump menerima lebih AS$400 juta (berdasarkan nilai hari ini) daripada empayar hartanah bapanya yang mana sebahagian besar diperolehi menerusi skim penipuan cukai.

Saman setebal 27 muka surat menyatakan wartawan New York Times berusaha mendapatkan Mary Trump dan meyakinkannya untuk mendedahkan rekod itu daripada pejabat peguamnya dan menyerahkan kepada akhbar tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya