Tiga maut, puluhan cedera gempa bumi landa Sichuan - Utusan Malaysia

Tiga maut, puluhan cedera gempa bumi landa Sichuan

PASUKAN penyelamat membersihkan serpihan runtuhan bangunan selepas gempa bumi melanda wilayah Sichuan, China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Tiga penduduk maut dan puluhan lagi cedera apabila gempa bumi sederhana melanda barat daya China pada hari ini.

Gempa bumi itu mengaktifkan respons kecemasan tahap kedua tertinggi pasukan penyelamat di wilayah Sichuan.

Bencana itu melanda daerah Luxian, kira-kira 120 kilometer (km) barat daya Chongqing, dan kawasan sekitarnya yang menempatkan kira-kira 30 juta penduduk.

Rakaman dari Jabatan Bomba Sichuan memaparkan pasukan penyelamat bergegas membantu mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dan memindahkan mereka keluar dari bangunan yang musnah akibat bencana.

Puluhan rumah di Luxian runtuh manakala sejumlah lagi rosak.

Media tempatan menyiarkan beberapa gambar siling runtuh di sebuah hospital ketika penduduk keluar ke jalan selepas diberi amaran untuk keluar dari rumah.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan magnitud gempa pada 5.4 namun Pusat Rangkaian Gempa China memaklumkan gegaran berlaku pada 6.0 skala Ritcher.

Kedua-dua agensi itu menyatakan gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km).

Menurut pihak berkuasa Luxian, bencana itu menyebabkan tiga terbunuh dan 60 cedera termasuk 3 orang cedera parah.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya